Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

KEYAKINAN DIRI

20:42 Sensorang  Atas tilam dalam bilik sewa YL 10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri : Anggap diri kita yang diciptakan oleh Allah ni  (sama je dengan orang lain ) , tak ada yang kurang dan tak ada juga yang lebihnya. Orang lain boleh buat, (kenapa kita tak boleh) buat? Pedulikanlah apa je orang nak kata tapi yang penting belajar dari apa yang orang lain dah buat, sebelum kita pulak buat. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri kita  (baiki) . Jangan biarkan terus berkekalan. Kena usaha untuk ubah.  (Jangan takut-takut ) atau teragak-agak untuk buat sesuatu yang positif. Berani! (Elakkan perasaan malu)   malu tak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri kita. Lakukan ( riadah yang ringan) sebelum nak buat sesuatu kerja, kira macam warm up lah, so badan pun rasa energetik lah jadinya.  (Kemas diri) dan anggap diri kita adalah yang terbaik pada hari itu. Ya saya boleh! Apabila berinteraksi (pandang tepat pada muka dan mata o

Muhasabah

19:49 Sorang2 Atas tilam dalam bilik sewa Beberapa cara untuk bermuhasabah : Mengingati mati. Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.   Mengingati kelemahan diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.   Tidak membesarkan kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita. Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita.

Musibah : Jalan Menuju Kebahagiaan

Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka. Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan. Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT : &q