Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

fadhilat amalan ayat kursi

Ayat Kursi iaitu ayat ke-225 dalam Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak hadis RasulAllah s.a.w. (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu.  Di antaranya ialah : 1. Sesiapa yang sent iasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga. 2. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya. 3. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, InsyaAllah akan berhasil hajatnya. 4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Kursi 170 kali. InsyaAllah akan terlepas dari kesusahan itu dan m