20:42
Sensorang
Atas tilam dalam bilik sewa YL
10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri :
Anggap diri kita yang diciptakan oleh Allah ni (sama je dengan orang lain), tak ada yang kurang dan tak ada juga yang lebihnya.
Orang lain boleh buat, (kenapa kita tak boleh) buat? Pedulikanlah apa je orang nak kata tapi yang penting belajar dari apa yang orang lain dah buat, sebelum kita pulak buat.
Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri kita (baiki). Jangan biarkan terus berkekalan. Kena usaha untuk ubah.
(Jangan takut-takut) atau teragak-agak untuk buat sesuatu yang positif. Berani!
(Elakkan perasaan malu) malu tak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri kita.
Lakukan (riadah yang ringan) sebelum nak buat sesuatu kerja, kira macam warm up lah, so badan pun rasa energetik lah jadinya.
(Kemas diri) dan anggap diri kita adalah yang terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
Apabila berinteraksi (pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi) dan guna sikit je tau pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku. 😂
Apabila memulakan sesuatu tugas (jangan memikirkan tentang masalah), tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
Sentiasa (peka terhadap waktu), jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.
Thanx sebab sudi baca.
Sharing is Caring.
Comments