Skip to main content

Bolehkah Masalah Menyelesaikan Masalah?

 
w.b.t.
 
 
"Masalah saya ialah saya tak tahu apa masalah saya."
"Saya sendiri pun tak tahu apa yang menjadi masalah dalam diri saya."
 
Ini adalah sebahagian kecil daripada beribu-ribu masalah aneh lagi pelik. Hmmm, memang cukup masalah.
 
Seorang yang ada masalah tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi masalahnya itu-memang masalah sungguh.
 
Sebenarnya manusia mudah memberikan label untuk semua yang dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak mengatasinya ataupun tidak. Psikologi manusia memang hendak mudah. Kalau ada sesuatu yang boleh dilabelkan sebagai masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak daripada mengatasinya.
"Dah memang masalah. Nak buat macam mana?"
Biasa dengar begitu?

Masalah sebenarnya membuka peluang. Selama mana masalah dianggap masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yang menghempap kepala. Sebaliknya jika masalah dianggap peluang ia bukanlah sebiji batu yang menghempap tetapi sebutir emas yang jatuh di atas kepala.

Benarkah masalah membuka peluang?
Lihat apa yang dilakukan oleh Thomas Edition. Dia ada masalah ketika hendak menelaah, maka itu membuka peluang baginya memikirkan sesuatu, seterusnya membuka peluang baginya mencipta mentol.

Ketika semua orang kelaparan apabila berpindah dari pejabat lama ke pejabat baru, timbul idea dalam fikiran Siti untuk berniaga. Dia membawa sebakul buah-buahan dan menjualnya kepada rakan-rakan. Dia memperoleh dua pendapatan iaitu gaji bulanan dan keuntungan hasil jualan.

Ketika Ahsim ada masalah menyambungkan wayar telefon ke komputernya untuk melayari internet disebabkan wayar itu tidak cukup panjang dan kedudukan barang-barang di rumahnya tidak boleh diubah-ubah lagi, pereka telah memperkenalkan sambungan tanpa wayar.

Aminah sentiasa kelewatan ke pejabat. Masalah benar baginya untuk memasak dahulu sebelum pergi kerja. Dia berfikir kalaulah masalah itu dapat diatasinya tentu hiduphnya akan lebih selesa. Lalu dia berfikir bagaimana hal semacam itu dapat diatasinya. Puas mencari jalan masih tiada penyelesaian, akhirnya Aminah mengambil keputusan berhenti kerja. Apabila dia berhenti kerja, masalah sudah mula kelihatan dan dia kehilangan pendapatan tetap. Tetapi masalah sentiasa membuka peluang, Aminah membuka gerai nasi lemak di samping jalan. Dia menjadi seorang usahawan. Hidupnya lebih bererti daripada bekerja makan gaji dahulu.

Demikianlah halnya, ketika manusia perlu berkomunikasi setiap masa dan ketika tetapi mereka dipisahkan oleh jarak, terciptalah telefon bimbit. Bukankah itu semua masalah pada asalnya tetapi sekarang sudah menjadi peluang. Mereka yang mula-mula mencipta teknologi-teknologi ini sekarang kaya-raya kerana mereka telah menyelesaikan masalah orang ramai.


Masalah betullah. Kenapalah hidup ni penuh dengan masalah?
"Jangan anggap masalah itu masalah. Selama masalah dianggap masalah ia akan menjadi masalah, tapi kalau masalah digantikan pada perkataan peluang ia akan menyebabkan otak kita berfikir secara lebih kreatif. Ia akan memberikan pelbagai idea yang tak terjangka oleh kita."
Bolehkah jadi begitu?
 "Apa untungnya menganggap masalah itu masalah? Ia akan menyerabutkan fikiran kita. Masalah akan terus bertapak dan memakan bahagia."
Tapi kalau masalah dah memang masalah, macam mana kita nak anggap ia bukan masalah?
"Hah, itulah masalahnya. Masalahnya ialah kita tidak mahu menganggap masalah itu peluang. Kita masih menganggap masalah itu masalah, maka ia akan selamanya masalah. Dia berada di situ dan kekal selama-lamanya sebagai masalah."

Cuba dengar cerita ini.
Ada seekor rusa berkawan dengan lembu. Walaupun kedua-duanya bersahabat baik tetapi rusa selalu mengtakan lembu kurang bernasib baik sebab tanduk lembu pendek dan tidak cantin. Rusa selalu membangga-banggakan tanduknya yang bercabang bagaikan mahkota raja. Satu hari,mereka terdengar tembakan pemburu. Kedua-duanya terkejut. Mereka bertempiaran lari. Sambil berlari rusa sempat menoleh kebelakang melihat lembu yang terhegeh-hegeh membawa badannya yang besar itu. Kata rusa, "Hai, lembu. Sudahlah tanduk engkau tak cantik, badan engkau pun berat. Nampaknya aku terpaksa lari dulu. Kalau aku tunggu engkau, aku akan mati bersama engkau." Lembu tidak berkata apa-apa. Dia tahu masalah yang dihadapinya dan dia tahu dia lebih berisiko daripada rusa. Namun, kemahuan untuk selamat tetap ada. Maka itu, lembu terus berlari sedangkan di belakangnya dia mendengar tembakan bertubi-tubi sang pemburu. Tiba-tiba akibat terlalu pantas berlari, rusa terterjah setimbun ranting-ranting kayu lalu tanduknya yang menyerupai ranting-ranting itu terlekat disitu. Puas rusa cuba membebaskan dirinya, namun tidak berjaya. Tidak berapa lama kemudian lembu pun sampai sambil tercungap-cungap. Kata lembu, "Nampaknya tanduk engkau telah memberikan masalah kepada engkau. Maafkan aku rusa." Lembu terus berlari meninggalkan rusa.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Breakfast : Telur Rebus

So arini punya breakfast, kena lah makan telur rebus. Sebab tak nak minyak. Makan dengan serbuk cili kering. Boleh lah telan dari telur rebus kosong saja. Memang tak boleh. Air putih tak lupa. Kena minum sebanyak yang boleh. No more air manih. Menu tengahari may be buat tomyam simple. Ayam sikit daging sikit and enoki. Cukup dah tu. Adik ada, kalau dia nak join makan boleh je. Cuma nak makan nasi, gi lah beli kat mamak kat bawah. Hihihi. Tak nak masak nasi dah. Lagi pun periuk rice cooker dah tak ok. Kalau masak nasi asyik tebal je kerak dia. So disebabkan sorang je makan nasi. Senang je beli je. Hehehehe. Challenge for healthy lifestyle! ❤️❤️

header buat sendiri .. ^__^ wink wink !!

w.b.t .. fuhhhhhhh !! siap pun header nana yang pertama kali nana try buat sendiri .. tapi simp le je ar .... ^___^ wink wink !! janji nana nak buat sendiri jugak ..  ^___* cubaan kali ke-7, baru lah header ni ngam2 ngan saiz header blog nana .. hihihihihi .. saya budak baru blajar .. ^___^ sekian ..

Jahit Tepi Shawl

Assalamualaikum. Lama tak update blog ni, memang lama sesangat. So hari ni ada kesempatan lagi untuk update lepas update entri pasal brooch ALTAR semalam.  Kalau ada sesiapa berminat nak beli brooch ALTAR boleh contact saya, 012-5179736 YuslianaYusof Facebook : Yusliana Yusof Instagram : yuslianayusof (M Y Yuslisa) Selain tu, saya ada jugak menyediakan perkhidmatan jahit tepi shawl. 1. Jahit tepi halus 2. Jahit lipat/kelim/babyseam 3. Jahit piping Untuk maklumat lanjut berkaitan harga dan tempoh siap boleh terus contact saya : whatsapp 012-5179736 Lokasi saya di Taman Alam Megah Seksyen 28 Shah Alam. Bagi sesiapa yang jauh sikit dari tempat saya, kita boleh jumpa ditengah-tengah. Bagi memudahkan kerja kedua-dua belah pihak. Kalau nak tengok lebih banyak hasil jahitan saya boleh tengok di instagram saya @yuslianayusof atau di facebook saya Yusliana Yusof. Okeylah dulu untuk entri hari ni. Thanks so much bagi ...