Cara Buat Panggilan
1. Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai. Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihubungi seperti pada waktu tengah malam. Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas. Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan menganggunya untuk berehat.
2. Apabila panggilan anda telah dijawab, berikan nama anda terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin dihubungi atau bukan.
3. Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon. Jika ini berlaku, pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon.
4. Jika bercakap, bercakap dengan jelas bagi mengelak si penjawab meminta anda mengulangi apa yang anda cakapkan.
5. Pastikan anda berkata perkara yang perlu dan tidak menyimpang. Tidak hanya untuk berbual kosong kerana dikhuatiri si penjawab mempunyai hal atau aktiviti lain yang perlu diuruskan.
6. Jika anda menghubungi seseorang yang bekerja, pastikan anda tidak menghubunginya ketika hampir habis waktu kerjanya. Ini akan menganggu si penjawab berkemas-kemas untuk pulang.
Tip Jawab Telefon Dengan Beradab
1. Jawab panggilan telefon dengan member salam ataupun sapaan yang sopan.
2. Jangan sesekali menjawab panggilan dengan nada suara yang kasar. Ini seolah-olah anda berada dalam keadaan yang marah.
3. Bagi wanita, jangan menggunakan nada suara yang terlalu lembut seakan-akan menggoda. Dikhuatiri si pemanggil akan berfikir lain.
Adab Menggunakan Telefon
Paling utama, telefon adalah keperluan untuk menghubungi seseorang, untuk menyampaikan maklumat dan sebagainya. Adalah dilarang jika telefon digunakan untuk keperluan yang negative seperti untuk melepaskan keperluan nafsu, untuk mengundang bencana, menyebarkan fitnah san sesuatu yang membawa ke arah dosa dan buruk.
Sumber : dara.com
Sekain.
Comments