Skip to main content

Adab Menggunakan Telefon


 

 
Cara Buat Panggilan
1.       Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai. Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihubungi seperti pada waktu tengah malam. Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas. Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan menganggunya untuk berehat.
2.       Apabila panggilan anda telah dijawab, berikan nama anda terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin dihubungi atau bukan.
3.       Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon. Jika ini  berlaku, pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon.
4.       Jika bercakap, bercakap dengan jelas bagi mengelak si penjawab meminta anda mengulangi apa yang anda cakapkan.
5.       Pastikan anda berkata perkara yang perlu dan tidak menyimpang. Tidak hanya untuk berbual kosong kerana dikhuatiri si penjawab mempunyai hal atau aktiviti lain yang perlu diuruskan.
6.       Jika anda menghubungi seseorang yang bekerja, pastikan anda tidak menghubunginya ketika hampir habis waktu kerjanya. Ini akan menganggu si penjawab berkemas-kemas untuk pulang.

Tip Jawab Telefon Dengan Beradab
1.       Jawab panggilan telefon dengan member salam ataupun sapaan yang sopan.
2.       Jangan sesekali menjawab panggilan dengan nada suara yang kasar. Ini seolah-olah anda berada dalam keadaan yang marah.
3.       Bagi wanita, jangan menggunakan nada suara yang terlalu lembut seakan-akan menggoda. Dikhuatiri si pemanggil akan berfikir lain.

Adab Menggunakan Telefon
                Paling utama, telefon adalah keperluan untuk menghubungi seseorang, untuk menyampaikan maklumat dan sebagainya. Adalah dilarang jika telefon digunakan untuk keperluan yang negative seperti untuk melepaskan keperluan nafsu, untuk mengundang bencana, menyebarkan fitnah san sesuatu yang membawa ke arah dosa dan buruk.

Sumber : dara.com


Sekain.

Comments

Popular posts from this blog

Breakfast : Telur Rebus

So arini punya breakfast, kena lah makan telur rebus. Sebab tak nak minyak. Makan dengan serbuk cili kering. Boleh lah telan dari telur rebus kosong saja. Memang tak boleh. Air putih tak lupa. Kena minum sebanyak yang boleh. No more air manih. Menu tengahari may be buat tomyam simple. Ayam sikit daging sikit and enoki. Cukup dah tu. Adik ada, kalau dia nak join makan boleh je. Cuma nak makan nasi, gi lah beli kat mamak kat bawah. Hihihi. Tak nak masak nasi dah. Lagi pun periuk rice cooker dah tak ok. Kalau masak nasi asyik tebal je kerak dia. So disebabkan sorang je makan nasi. Senang je beli je. Hehehehe. Challenge for healthy lifestyle! ❤️❤️

I HAVE TO START NOW!

Dah berapa banyak kali cuba. And dah berapa banyak kali jugak, hanya separuh jalan. Kali ni cuba lagi. Semoga istiqomah dan berterusan hendaknya. Sehingga dapat capai target berat yang diimpikan. Masa untuk jaga pemakanan semula. Tiap kali buat diet, akan lebih berhati-hati bab pilih makanan and akan lebih rajin masak sendiri. Sebab lebih selamat dan kita tahu apa yang kita buh dalam masakan kita. But, kali ni kena ubah sikit. InsyaAllah nak buat cara yang lebih sihat. Nak kurangkan masakan berminyak, and banyakkan yang rebus-rebus or masak air je. Lebih healthy gitu. Hopefully kuat. Sebab time diet, memang akan ada macam-macam dugaan. Lagi-lagi bab pelawa makan ni. Time tu lah berduyun-duyun orang nak belanja makan itulah inilah. Hahaha. Jadi, kena siapkan mental awal dan kuatkan pengawalan nafsu. Niat nak join special group diet di FB. Harap masih open. Sekarang tunggu coach nya reply mesej dulu. Semoga masih diterima. But officiallynya, group tu akan start 1 January 2018. Sekar...

header buat sendiri .. ^__^ wink wink !!

w.b.t .. fuhhhhhhh !! siap pun header nana yang pertama kali nana try buat sendiri .. tapi simp le je ar .... ^___^ wink wink !! janji nana nak buat sendiri jugak ..  ^___* cubaan kali ke-7, baru lah header ni ngam2 ngan saiz header blog nana .. hihihihihi .. saya budak baru blajar .. ^___^ sekian ..