Skip to main content

I HAVE TO START NOW!

Dah berapa banyak kali cuba. And dah berapa banyak kali jugak, hanya separuh jalan. Kali ni cuba lagi. Semoga istiqomah dan berterusan hendaknya. Sehingga dapat capai target berat yang diimpikan.

Masa untuk jaga pemakanan semula. Tiap kali buat diet, akan lebih berhati-hati bab pilih makanan and akan lebih rajin masak sendiri. Sebab lebih selamat dan kita tahu apa yang kita buh dalam masakan kita.

But, kali ni kena ubah sikit. InsyaAllah nak buat cara yang lebih sihat. Nak kurangkan masakan berminyak, and banyakkan yang rebus-rebus or masak air je. Lebih healthy gitu.

Hopefully kuat. Sebab time diet, memang akan ada macam-macam dugaan. Lagi-lagi bab pelawa makan ni. Time tu lah berduyun-duyun orang nak belanja makan itulah inilah. Hahaha. Jadi, kena siapkan mental awal dan kuatkan pengawalan nafsu.

Niat nak join special group diet di FB. Harap masih open. Sekarang tunggu coach nya reply mesej dulu. Semoga masih diterima. But officiallynya, group tu akan start 1 January 2018.

Sekarang ni, dalam fikiran ni dah set nak kena kawal cara makan betul-betul. So, niat nak start hari ni. 18 December 2017. Start dengan menu breakfast. Masih dalam perhitungan, nak makan apa pagi ni?

Doakan jiwa ini terus kental. Sebab body dah tak seimbang. Memang sepatutnya kena start sekarang ni. Dah tak boleh tangguh-tangguh. Dah start sakit-sakit sendi dah sekarang ni. Bahaya! Semoga terus kuat!

Comments

Popular posts from this blog

MENERIMA TEMPAHAN MENJAHIT PAKAIAN

Saya ada menyediakan khidmat menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita, dewasa, dan kanak-kanak. Boleh singgah instagram dan laman muka buku   saya untuk tengok gambar hasil jahitan saya selama saya menceburi dalam bidang menjahit ni. Facebook : Yusliana Yusof Instagram : yuslianayusof Di bawah ni antara koleksi gambar baju yang saya jahit : BAJU BRIDESMAID : family phia BAJU UNTUK KE KENDURI KAHWIN : kak syikin BAJU TUNANG : eika BAJU NIKAH : noly BAJU SANDING : butik pengantin kak alin BAJU SANDING : butik pengantin kak alin BAJU TUNANG : noly BAJU TUNANG : atikah BAJU SANDING : kak ain Sekian, terima kasih. 

Adab Menggunakan Telefon

    Cara Buat Panggilan 1.        Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai. Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihubungi seperti pada waktu tengah malam. Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas. Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan menganggunya untuk berehat. 2.        Apabila panggilan anda telah dijawab, berikan nama anda terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin dihubungi atau bukan. 3.        Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon. Jika ini   berlaku, pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon. 4.        Jika bercakap, bercakap dengan jelas bagi mengelak si penjawab meminta anda mengulangi apa

MUZIK MUZIK SEMIFINAL 1 : 18 NOV 9 MALAM

w.b.t. MUZIK MUZIK SEMIFINAL pertama malam ni. KUMPULAN DRAMA, YUNA, AKIM, HAFIZ, STACY, 3 SUARA, ALYAH, NUBHAN, SOFAZR, HUJAN & IQA. Siapakah yang akan layak ke ANUGERAH JUARA LAGU KE 26? Saksikan jam 9 malam ini di TV3 Sekian.