w.b.t. Semua perkara apabila diambil mudah, kecemerlangan akan hilang. Cuba fikir. Betul? Salah satu sikap manusia ialah suka ambil mudah. Untuk memudahkan sesuatu pekerjaan itu tidaklah salah, yang salah ambil mudah dalam mengerjakan sesuatu. "Bayangkan seorang mekanik kereta ambil mudah sewaktu melakukan kerja-kerja servis. Dia akan mudah-mudah saja mencampakkan alat ganti yang baru ke lantai, hasilnya alat ganti itu meskipun baru mengalami kerosakan, dan alat ganti itulah yang dipasangnya di kereta berkenaan." Apa akan jadi? Usah keliru dengan memudahkan. "Lantaran adanya kemahuan untuk memudahkan kerja, terciptalah periuk nasi elektrik, di mana setelah memasukkan beras ke dalam periuk, dimasukkan air lalu dipetik suiz, cukup masanya suiz akan terpadam sendiri dan nasi telah pun masak. Semudah itu kerja-kerja menanak nasi yang dahulunya terpaksa dilakukan dengan sukatan air yang betul, dengan api yang betul dan dengan proses penyejukan yang betul agar ...