Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Bolehkah Masalah Menyelesaikan Masalah?

  w.b.t.     "Masalah saya ialah saya tak tahu apa masalah saya." "Saya sendiri pun tak tahu apa yang menjadi masalah dalam diri saya."   Ini adalah sebahagian kecil daripada beribu-ribu masalah aneh lagi pelik. Hmmm, memang cukup masalah.   Seorang yang ada masalah tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi masalahnya itu -memang masalah sungguh.   Sebenarnya manusia mudah memberikan label untuk semua yang dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak mengatasinya ataupun tidak. Psikologi manusia memang hendak mudah. Kalau ada sesuatu yang boleh dilabelkan sebagai masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak daripada mengatasinya. "Dah memang masalah. Nak buat macam mana?" Biasa dengar begitu? Masalah sebenarnya membuka peluang. Selama mana masalah dianggap masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yang mengh

59 tips diet secara sihat and semula jadi

w.b.t. Apakah yang boleh dilakukan jika kita hanya boleh menerima satu perubahan diet sahaja? 1. Tambahkan hanya satu sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dulu dengan penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari. 2. Ambil sekurang-kurangnya dua sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan. 3. Tanamkan tekad untuk tidak mahu 'membesarkan' saiz sajian makanan. 4. Jadikan waktu makan satu tujuan untuk menyihatkan badan. 5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap. 6. Pastikan pinggan diisi dengan separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam. Tips mudah untuk mengurangkan kalori. 7. Ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik . 8. Pesan satu sahaja pemanis mulut untuk dikongsi bersama. 9. Gunakan pinggan salad . 10. Letakkan makanan di atas pinggan . Jangan makan terus dari balang. 11. Isikan pinggan dengan sayuran dahulu . Kemudi