Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Adab Menggunakan Telefon

    Cara Buat Panggilan 1.        Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai. Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihubungi seperti pada waktu tengah malam. Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas. Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan menganggunya untuk berehat. 2.        Apabila panggilan anda telah dijawab, berikan nama anda terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin dihubungi atau bukan. 3.        Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon. Jika ini   berlaku, pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon. 4.        Jika bercakap, bercakap dengan jelas bagi mengelak si penjawab meminta anda mengulangi apa

Terlalu Mudah Akhirnya Malas

  w.b.t.     Semua perkara apabila diambil mudah, kecemerlangan akan hilang. Cuba fikir. Betul? Salah satu sikap manusia ialah suka ambil mudah. Untuk memudahkan sesuatu pekerjaan itu tidaklah salah, yang salah ambil mudah dalam mengerjakan sesuatu. "Bayangkan seorang mekanik kereta ambil mudah sewaktu melakukan kerja-kerja servis. Dia akan mudah-mudah saja mencampakkan alat ganti yang baru ke lantai, hasilnya alat ganti itu meskipun baru mengalami kerosakan, dan alat ganti itulah yang dipasangnya di kereta berkenaan." Apa akan jadi? Usah keliru dengan memudahkan. "Lantaran adanya kemahuan untuk memudahkan kerja, terciptalah periuk nasi elektrik, di mana setelah memasukkan beras ke dalam periuk, dimasukkan air lalu dipetik suiz, cukup masanya suiz akan terpadam sendiri dan nasi telah pun masak. Semudah itu kerja-kerja menanak nasi yang dahulunya terpaksa dilakukan dengan sukatan air yang betul, dengan api yang betul dan dengan proses penyejukan yang betul agar nasi