Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nak share jugak ngan korang sume.. wink wink..

Adab Menggunakan Telefon

    Cara Buat Panggilan 1.        Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai. Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihubungi seperti pada waktu tengah malam. Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas. Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan menganggunya untuk berehat. 2.        Apabila panggilan anda telah dijawab, berikan nama anda terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin dihubungi atau bukan. 3.        Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon. Jika ini   berlaku, pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon...