Skip to main content

Terlalu Mudah Akhirnya Malas

 
w.b.t.
 
 

Semua perkara apabila diambil mudah, kecemerlangan akan hilang.
Cuba fikir.
Betul?

Salah satu sikap manusia ialah suka ambil mudah. Untuk memudahkan sesuatu pekerjaan itu tidaklah salah, yang salah ambil mudah dalam mengerjakan sesuatu.
"Bayangkan seorang mekanik kereta ambil mudah sewaktu melakukan kerja-kerja servis. Dia akan mudah-mudah saja mencampakkan alat ganti yang baru ke lantai, hasilnya alat ganti itu meskipun baru mengalami kerosakan, dan alat ganti itulah yang dipasangnya di kereta berkenaan."
Apa akan jadi?


Usah keliru dengan memudahkan.
"Lantaran adanya kemahuan untuk memudahkan kerja, terciptalah periuk nasi elektrik, di mana setelah memasukkan beras ke dalam periuk, dimasukkan air lalu dipetik suiz, cukup masanya suiz akan terpadam sendiri dan nasi telah pun masak. Semudah itu kerja-kerja menanak nasi yang dahulunya terpaksa dilakukan dengan sukatan air yang betul, dengan api yang betul dan dengan proses penyejukan yang betul agar nasi benar-benar masak dan sedap dimakan."

Memudahkan kerja adalah proses menarik dalam kehidupan manusia.
"Dahulu seorang penulis terpaksa berhati-hati sewaktu menaip kerjanya dengan menggunakan mesin taip. Setiap kesalahan atau penambahan maklumat akan menyebabkan keseluruhan tulisan berubah atau terpaksa ditaip kembali. Sekarang, dengan menggunakan komputer, sebarang penambahan tidak lagi membebankan."

Psikologi manusia memang mahukan yang mudah tetapi psikologi manusia juga tidak terkecuali daripada mahu ambil mudah. Dua perkara hampir serupa tetapi tidak sama ini telah meletakkan manusia dalam dilema psikologi sama ada menurut atau 'ikut saja' atau berbuat atau 'menongkah arus'. Mereka yang menongkah arus biasanya berakhir dengan sesuatu yang luar biasa sebaliknya mereka yang ikut saja selalu berakhir sebagai biasa bahkan gagal.

"Seorang wanita telah melakukan sembahyang istikharah apabila dia gagal membuat keputusan ketika melihat calon suami. Dia sembahyang banyak kali, maka dia mendapat gambaran di dalam mimpinya calon suami berkenaan. Lalu dia pun mengizinkan dirinya berkahwin dengan lelaki berkenaan. Bagaimanapun, kehidupannya selepas itu penuh dengan masalah. Pelbagai hal yang tidak-tidak mengambil tempat dan terjadi. Perselisihan faham kerap berlaku hingga akhirnya mereka bercerai.
Maka berkatalah wanita itu, "Kalaulah betul isyarat yang aku terima dalam mimpi itu benar daripada Allah hasil daripada sembahyang istikharah yang aku lakukan, pasal apa perkahwinan aku jadi begini dan berakhir seperti ini?"
Menjawab permasalahan ini dari sudut psikologi dan motivasi, ia bermula daripada sikap yang salah yang dilagangkan selepas sesuatu pilihan itu. Kalau kita tidak menjaga tindakan-tindakan kita seterusnya tentulah sesuatu yang tidak terduga akan terjadi. Kalau sikap bengis dan bengkeng tidak mahu diubah kepada mesra dan kasih tentulah perkahwinan akan menjadi masalah, tentulah api akan mengatasi air, tentulah rumah tangga semakin menjadi bara. Dan tidak mustahil berakhir dengan perceraian sebab tiada usaha untuk memadamkan bara yang telah marak menjadi api itu tadi.


Apakah salah isyarat yang datang melalui mimpi atau salah peribadi?
Jawapannya salah peribadi.


Ambil contoh kedua.
Kita ingin membeli sebuah kereta mewah, maka kita melakukan sembahyang istikharah. Di dalam mimpi kita melihat jenama kereta berkenaan, lalu membelinya pada keesokan harinya. Bolehkah kita berkata, "Aku tak akan accident sebab kereta ini aku dapat melalui istikharah," atau " Kereta ini tak akan rosak sebab ia jenama mahal lagipun dapat melalui mimpi."
Kalau tidak memandu berhati-hati tentulah akan kemalangan juga. Kalau tidak dijaga dengan sempurna akhirnya akan rosak juga. Bolehkah kita menyalahkan isyarat yang diterima melalui istikharah itu tadi?

Psikologi manusia memang suka dan mahu yang mudah, tetapi kadang-kadang ambil mudah, maka itu motivasi amat diperlukan supaya takal yang menurun itu dapat diseimbangkan atau dinaikkan kembali. Sikap ambil mudah telah menyebabkan banyak kecemerlangan manusia terbarai sebelum tiba masanya, atau sebelum tiba sebab musababnya ia patut terbarai.

Kesungguhan Henry Ford dalam melakukan kerja-kerjanya akhirnya memberi kejayaan luar biasa kepadanya. Bayangkan jika Henry Ford ambil mudah sewaktu melakukan percubaan, sudah tentu tidak akan terhasil apa yang mampu diusahakannya.
Kesungguhan sentiasa menguntungkan.


Kemudahan yang mengelilingi hidup manusia telah menjadikan kebanyakkan manusia begitu selesa ambil mudah hampir dalam semua perkara.
Sebatang jejantas di Kuala Lumpur terpaksa ditutup selama beberapa bulan apabila didapati bergegar setiap kali dilalui kenderaan-kenderaan berat (MRR2-2006).
Mengapa ini terjadi? Tidak lain disebabkan sikap ambil mudah dan mahu cepat siap sewaktu membinanya. Andaikan ia dilakukan dengan penuh teliti, bersungguh-sungguh dan benar-benar atas dasar untuk memberi kemudahan, keadaan sudah tentu tidak sama.


Sebidang konkrit seberat 2 tan jatuh ke atas sebuah kereta dari bangunan tinggi (Sri Hartamas-2006) yang sedang dalam pembinaan tidak lain disebabkan sikap ambil mudah.
Betul kemalangan boleh terjadi bila-bila masa tetapi peratus kemungkinan ia terjadi sentiasa dapat dikecilkan andainya bukan sikap ambil mudah yang dijadikan teras usaha.


Seorang kakitangan kerajaan boleh hilang daripada tugasnya selama setahun tanpa berasa bersalah, tiba-tiba datang kembali dan yang anehnya dia diterima kembali bekerja. Mengapa dia boleh hilang sebegitu lama dan mengapa dia boleh diterima kembali? Masing-masing kerana ambil mudah.
Kisah benar di sebuah badan penyiaran di Shah Alam ini jelas menunjukkan betapa manusia begitu cenderung untuk bersenang-senang dengan apa yang dilakukannya, kadang-kadang terlalu bersenang-senang hinggakan ketidakmunasabahan berlaku. Dapatkah bayangkan bagaimana seorang pekerja boleh ingkar dari tugas selama itu kemudian boleh datang semula dan masih tiada alasan kukuh untuk memecatnya dari jawatan?


Manusia apabila terlalu diberikan kemudahan dia tetap mahu yang lebih mudah. Setelah mendapat yang lebih mudah itu dia akan mahu yang lebih mudah lagi. Manusia tanpa pantauan dan penjadualan akan menjadikannya ganas, ingkar, zalim, lupa diri, bahkan kadang-kadang hilang sifat-sifat kemanusiaannya. Personaliti unggulnya pun akan hilang.

Sebaliknya, semakin manusia diberikan panduan dan penjadualan dia akan semakin cemerlang dan terbilang. Personaliti unggulnya pun terbentuk.



Sekian.

Comments

Anonymous said…
boleh ya buat bahan siaran radio ^_^

Popular posts from this blog

MENERIMA TEMPAHAN MENJAHIT PAKAIAN

Saya ada menyediakan khidmat menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita, dewasa, dan kanak-kanak.

Boleh singgah instagram dan laman muka bukusaya untuk tengok gambar hasil jahitan saya selama saya menceburi dalam bidang menjahit ni.
Facebook : Yusliana Yusof
Instagram : yuslianayusof
Di bawah ni antara koleksi gambar baju yang saya jahit :
BAJU BRIDESMAID : family phia

BAJU UNTUK KE KENDURI KAHWIN : kak syikin

BAJU TUNANG : eika

BAJU NIKAH : noly

BAJU SANDING : butik pengantin kak alin

BAJU SANDING : butik pengantin kak alin

BAJU TUNANG : noly

BAJU TUNANG : atikah

BAJU SANDING : kak ain






Sekian, terima kasih. 

Tips Hilangkan Jeragat

w.b.t.
Kali ni nana nak share sikit tips macam mana nak hilangkan jeragat. Tapi, sabar dulu. Jangan gelojoh.
p/s: Tips ni bukan untuk hilangkan jeragat dimuka, tapi untuk hilangkan jeragat di toto, comforter, selimut, or cadar (yang fabrik tak luntur color lah biasanya).
Jeragat atau nana lebih biasa panggil taik lalat je. Cuba korang tengok kat toto ke comforter ke yang dah lame tak basuh tu, mesti dah naik taik lalat. Geli je nak pakai-ada hitam2 @ taik lalat. Kadang2 kat telekung or pakaian sembahyang orang pempuan, kat bahagian muka dia tu, lau lama tak basuh mulalah bertaik lalatkan?
So sekarang ni, nana nak sharelah cikit cara nana nak hilangkan jeragat or taik lalat ni kat pakaian or fabrik yang tak luntur warnanya lah.
Senang je. Bahan2 (macam nak memasak plak) :
1. Korang hanya perlukan air sabun (sabun letak cikit je, biar air banyak tak pe).2. Clorox (tak payah campur air) yang biasa ada kat pasaran tu. 3. Fabrik yang korang nak cuci (biar dia dalam keadaan kering, jangan basahka…

Breakfast : Telur Rebus

So arini punya breakfast, kena lah makan telur rebus. Sebab tak nak minyak.Makan dengan serbuk cili kering. Boleh lah telan dari telur rebus kosong saja. Memang tak boleh.Air putih tak lupa. Kena minum sebanyak yang boleh. No more air manih.Menu tengahari may be buat tomyam simple. Ayam sikit daging sikit and enoki. Cukup dah tu.Adik ada, kalau dia nak join makan boleh je. Cuma nak makan nasi, gi lah beli kat mamak kat bawah. Hihihi. Tak nak masak nasi dah. Lagi pun periuk rice cooker dah tak ok. Kalau masak nasi asyik tebal je kerak dia. So disebabkan sorang je makan nasi. Senang je beli je. Hehehehe.Challenge for healthy lifestyle! ❤️❤️