Skip to main content

KEYAKINAN DIRI

20:42
Sensorang
 Atas tilam dalam bilik sewa YL


10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri :


Anggap diri kita yang diciptakan oleh Allah ni (sama je dengan orang lain), tak ada yang kurang dan tak ada juga yang lebihnya.

Orang lain boleh buat, (kenapa kita tak boleh) buat? Pedulikanlah apa je orang nak kata tapi yang penting belajar dari apa yang orang lain dah buat, sebelum kita pulak buat.
Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri kita (baiki). Jangan biarkan terus berkekalan. Kena usaha untuk ubah. 

(Jangan takut-takut) atau teragak-agak untuk buat sesuatu yang positif. Berani!

(Elakkan perasaan malu)  malu tak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri kita.


Lakukan (riadah yang ringan) sebelum nak buat sesuatu kerja, kira macam warm up lah, so badan pun rasa energetik lah jadinya. 

(Kemas diri) dan anggap diri kita adalah yang terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

Apabila berinteraksi (pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi) dan guna sikit je tau pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku. 😂
 
Apabila memulakan sesuatu tugas (jangan memikirkan tentang masalah), tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

Sentiasa (peka terhadap waktu), jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.


 Thanx sebab sudi baca.
Sharing is Caring.

Comments

Popular posts from this blog

FADILAT SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis RasulAllah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, InsyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid InsyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak empat belas kali setiap lepas solat Asar, InsyaAllah akan dikurniai rezeki yang banyak. Terdapat ulama' yang mengatakan, jika dibacakan Surah Al-Waqi'ah terhadap orang yang sedang sakit, InsyaAllah akan diringankan sakitnya. Jika dibaca terhadap orang yang sedang nazak, akan meringankan serta memudahkan keluar rohnya. Lain-lain fadilat : 1. Dibaca tiap-tiap malam akan terjauh dari kepapaan. 2. Dibaca 40 kali setiap hari dan malam akan dipermudahkan mendapat rezeki dari berbagai sumber yang berkat. Sekian.

Breakfast : Telur Rebus

So arini punya breakfast, kena lah makan telur rebus. Sebab tak nak minyak. Makan dengan serbuk cili kering. Boleh lah telan dari telur rebus kosong saja. Memang tak boleh. Air putih tak lupa. Kena minum sebanyak yang boleh. No more air manih. Menu tengahari may be buat tomyam simple. Ayam sikit daging sikit and enoki. Cukup dah tu. Adik ada, kalau dia nak join makan boleh je. Cuma nak makan nasi, gi lah beli kat mamak kat bawah. Hihihi. Tak nak masak nasi dah. Lagi pun periuk rice cooker dah tak ok. Kalau masak nasi asyik tebal je kerak dia. So disebabkan sorang je makan nasi. Senang je beli je. Hehehehe. Challenge for healthy lifestyle! ❤️❤️

Diet Atkins

Fasa 1 (Fasa Induction) -------------------- Contoh Menu Breakfast : Telur rebus 2 biji dan sambal kering Lunch : Kari ayam kering dan sawi putih goreng Dinner : Ikan cencaru bakar cicah air asam Atkins dan kubis goreng