Skip to main content

Aku Ada Impian Untuk Menghadapi Hidup Ini Dengan Tenang dan Bahagia Dunia Akhirat.

w.b.t.


Selamat pagi sume..

Untuk entri kali ni nana nak tulis sikit pasal kehidupan yang nana impikan.
Sempena peraduan "Aku Ada Impian"


Nak sertai?
Klik banner kat bawah ni.




Hidup.
Alhamdulillah arini Allah masih bagi nana nyawa untuk terus hidup, untuk terus berusaha mendapatkan segala apa yang nana impikan selama ini.

Dalam hidup kita ni mesti banyak cabaran, halangan dan dugaan yang terpaksa kita hadapi sama ada dengan rela hati atau pun terpaksa.
Nak tak nak kita, hanya sebagai seorang hamba terpaksa juga hadapi segala apa yang telah Allah, Tuhan Maha Pencipta telah tentu kan untuk kebaikan kita.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala-galanya.
Jadi sebagai seorang hamba, nana juga seperti orang lain juga.
Lita semua sama.
Setiap hari ada saja dugaan yang Allah beri untuk menguji kita.

Allah juga tau tahap kemampuan setiap hamba nya.
Jadi Dia tak akan memberi sesuatu ujian tu kalau hamba-Nya itu tak mampu menghadapinya.

Tapi kadang-kadang, nana sebagai seorang hamba-Nya, yang sedang di uji dengan dugaan-Nya yang nana rasa, adakah nana mampu menghadapi segalanya dengan tenang.

Ada masa, nana rasa nana cukup kuat nak menghadapi dugaan yang Allah uji pada nana sekarang ni.
Tapi, ada  masanya juga, nana memang tak cukup kuat nak hadapi segalanya. (seorang diri)

Dugaan yang Allah uji nana sekarang ni, nana sendiri susah nak huraikan.
Sama ada ia ujian yang memang Allah nak berikan pada nana, atau....
Balasan dan akibat atas segala kesilapan yang nana dah banyak lakukan dari dulu lagi.

Hari-hari nana berfikir.
Yang mana sebenar-benarnya.

Tapi, sekarang ni nana masih boleh bersyukur dengan segala apa yang nana ada sekarang ni.
Nana masih mampu nak menghadapi dugaan yang Allah beri pada nana sekarang, selagi segalanya nana masih boleh kawal dengan keadaan yang tenang.

Sesungguhnya, nana sangat-sangat ingin mencari erti kebahagiaan dalam hidup di dunia sekarang ni, dan juga kebahagiaan di akhirat nanti.

p/s : nana harapkan doa dari sesiapa je yang terbaca entri nana ni, agar nana memperoleh ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup di dunia ni dan di akhirat nanti.
 
Hidup kita ni kita tak tau sampai bila je.
Ajal maut semua nya hanya Allah saja yang tau bila seseorang hamba-Nya itu akan kembali kepada-Nya.

Pikirkan pasal mati, memang rasa takut.
Sebab, banyak lagi persediaaan yang nana kena lakukan untuk menghadapi di alam seterusnya nanti.

Apa-apa pun.
Nana harap kita semua, sebagai seorang hamba-Nya, selalu lah ingat akan kematian yang pasti setiap orang akan laluinya.

Nana rasa setakat ni dulu entri ni untuk pagi ni.
Sesungguhnya, nana sangat mengimpikan ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat nanti.

p/s : Doakan nana berjaya memperolehnya. Amin.....



Dan lagi satu.
Jangan lupa sertai peraduan yang nana tengah sertai ni.
Peraduan "Aku Ada Impian"
Klik banner kat bawah ni lau nak sertai.






Sekian.
^__^






Comments

Popular posts from this blog

I LOVE MAKE UP - TAPI TAK PANDAI

Normal ke tak erk? Suka tengok orang yang makeup cantikkk2 tu. Tapi diri ku ni. Nann hadooo! Skill ke laut dalam. 😅 . Ada ke yang sama macam YL? #kita_geng Gituuuu! . Tapi seriusly. YL sukaaaa and mudah jatuh cintaa la dengan orang yang makeup lawaaaaa2 ni. . Dulu kala zaman bila tah YL pernah sekali jerrr " S E K A L I " je tau. Join class makeup. Masa tu memang zero betul pasal makeup2 ni. . Zaman sekarang ni banyak tengok kat YouTube jelah jawabnya. Nak join class pun sekarang ni harga yuran dia boleh tahan mahaiii lah jugak kan. . Bestnyaaaaaa lah kalau ada yang sudi nak makeup kan muka YL ni sekarang ni. Lawa2 bajet chantekk sesangat macam Nora Danish ke Neelofa ker! Besssstttttnyaaaaa!! 😍😘 . K lah. YL nak sambung buat keje balik ni. Rest sat tu yang update kat sini sat. 😅 . Nanti ketemu lagi. Thanks pada yang sudi baca YL bebel. 😘 Muahhhhhx! . YUYU LIANA Gambar contoh ehsan dari Pakcik Google. Chantekkkk makeup dia. Simple, Sweet & just Nice. ...

Breakfast : Telur Rebus

So arini punya breakfast, kena lah makan telur rebus. Sebab tak nak minyak. Makan dengan serbuk cili kering. Boleh lah telan dari telur rebus kosong saja. Memang tak boleh. Air putih tak lupa. Kena minum sebanyak yang boleh. No more air manih. Menu tengahari may be buat tomyam simple. Ayam sikit daging sikit and enoki. Cukup dah tu. Adik ada, kalau dia nak join makan boleh je. Cuma nak makan nasi, gi lah beli kat mamak kat bawah. Hihihi. Tak nak masak nasi dah. Lagi pun periuk rice cooker dah tak ok. Kalau masak nasi asyik tebal je kerak dia. So disebabkan sorang je makan nasi. Senang je beli je. Hehehehe. Challenge for healthy lifestyle! ❤️❤️

I HAVE TO START NOW!

Dah berapa banyak kali cuba. And dah berapa banyak kali jugak, hanya separuh jalan. Kali ni cuba lagi. Semoga istiqomah dan berterusan hendaknya. Sehingga dapat capai target berat yang diimpikan. Masa untuk jaga pemakanan semula. Tiap kali buat diet, akan lebih berhati-hati bab pilih makanan and akan lebih rajin masak sendiri. Sebab lebih selamat dan kita tahu apa yang kita buh dalam masakan kita. But, kali ni kena ubah sikit. InsyaAllah nak buat cara yang lebih sihat. Nak kurangkan masakan berminyak, and banyakkan yang rebus-rebus or masak air je. Lebih healthy gitu. Hopefully kuat. Sebab time diet, memang akan ada macam-macam dugaan. Lagi-lagi bab pelawa makan ni. Time tu lah berduyun-duyun orang nak belanja makan itulah inilah. Hahaha. Jadi, kena siapkan mental awal dan kuatkan pengawalan nafsu. Niat nak join special group diet di FB. Harap masih open. Sekarang tunggu coach nya reply mesej dulu. Semoga masih diterima. But officiallynya, group tu akan start 1 January 2018. Sekar...