Skip to main content

Tips Hilangkan Jeragat

w.b.t.

Kali ni nana nak share sikit tips macam mana nak hilangkan jeragat. Tapi, sabar dulu. Jangan gelojoh.

p/s: Tips ni bukan untuk hilangkan jeragat dimuka, tapi untuk hilangkan jeragat di toto, comforter, selimut, or cadar (yang fabrik tak luntur color lah biasanya).

Jeragat atau nana lebih biasa panggil taik lalat je. Cuba korang tengok kat toto ke comforter ke yang dah lame tak basuh tu, mesti dah naik taik lalat. Geli je nak pakai-ada hitam2 @ taik lalat. Kadang2 kat telekung or pakaian sembahyang orang pempuan, kat bahagian muka dia tu, lau lama tak basuh mulalah bertaik lalatkan?

So sekarang ni, nana nak sharelah cikit cara nana nak hilangkan jeragat or taik lalat ni kat pakaian or fabrik yang tak luntur warnanya lah.

Senang je. Bahan2 (macam nak memasak plak) :

1. Korang hanya perlukan air sabun (sabun letak cikit je, biar air banyak tak pe).
2. Clorox (tak payah campur air) yang biasa ada kat pasaran tu. 
3. Fabrik yang korang nak cuci (biar dia dalam keadaan kering, jangan basahkan dulu).

Cara-caranya (contoh nak hilangkan jeragat kat toto) :

1. Korang cari dulu kat mana bahagian yang ada taik lalat tu.
2. Basahkan bahagian yang bertaik lalat tu dengan air sabun (daripada tak nampak taik lalat nya, korang dah boleh nampak).
3. Amik clorox yang tak campur ngan air langsung, korang curah or siram kan je sikit2 kat tempat yang bertaik lalat tu.
4. Korang tunggu and tengok (wait n c) lah hasil nye. Taik lalat tu akan hilang sikit2.
5. Dah selesai step 1-4 untuk keseluruhan toto tu, baru lah korang boleh masuk kan toto dalam mesin and start membasuh.

p/s: Step 2 - Lau korang nak rendam terus toto ngan air sabun boleh. Tapi nanti nak angkat nak masukkan dalam mesin basuh berat ar, sebab toto dah basah memang berat nak angkat lagi2 tuk orang pempuan (bole jatuh peranakan ooo).

Pasni ni, toto tu mesti nampak cerah bersinar je (macam toto baru beli).

Itu jelah tips yang nana nak share kan kali ni. Semoga ianya berguna untuk sesiapa yang terbaca entri nana ni. Saya Budak Baru Blaja.

Lau ada yang dah berjaya dengan tips ni share lah ngan nana. Lau yang ada masalah pun bole tanya. Nana bole jawab nana jawab.

Sekian.



Comments

Popular posts from this blog

Breakfast : Telur Rebus

So arini punya breakfast, kena lah makan telur rebus. Sebab tak nak minyak. Makan dengan serbuk cili kering. Boleh lah telan dari telur rebus kosong saja. Memang tak boleh. Air putih tak lupa. Kena minum sebanyak yang boleh. No more air manih. Menu tengahari may be buat tomyam simple. Ayam sikit daging sikit and enoki. Cukup dah tu. Adik ada, kalau dia nak join makan boleh je. Cuma nak makan nasi, gi lah beli kat mamak kat bawah. Hihihi. Tak nak masak nasi dah. Lagi pun periuk rice cooker dah tak ok. Kalau masak nasi asyik tebal je kerak dia. So disebabkan sorang je makan nasi. Senang je beli je. Hehehehe. Challenge for healthy lifestyle! ❤️❤️

header buat sendiri .. ^__^ wink wink !!

w.b.t .. fuhhhhhhh !! siap pun header nana yang pertama kali nana try buat sendiri .. tapi simp le je ar .... ^___^ wink wink !! janji nana nak buat sendiri jugak ..  ^___* cubaan kali ke-7, baru lah header ni ngam2 ngan saiz header blog nana .. hihihihihi .. saya budak baru blajar .. ^___^ sekian ..

Jahit Tepi Shawl

Assalamualaikum. Lama tak update blog ni, memang lama sesangat. So hari ni ada kesempatan lagi untuk update lepas update entri pasal brooch ALTAR semalam.  Kalau ada sesiapa berminat nak beli brooch ALTAR boleh contact saya, 012-5179736 YuslianaYusof Facebook : Yusliana Yusof Instagram : yuslianayusof (M Y Yuslisa) Selain tu, saya ada jugak menyediakan perkhidmatan jahit tepi shawl. 1. Jahit tepi halus 2. Jahit lipat/kelim/babyseam 3. Jahit piping Untuk maklumat lanjut berkaitan harga dan tempoh siap boleh terus contact saya : whatsapp 012-5179736 Lokasi saya di Taman Alam Megah Seksyen 28 Shah Alam. Bagi sesiapa yang jauh sikit dari tempat saya, kita boleh jumpa ditengah-tengah. Bagi memudahkan kerja kedua-dua belah pihak. Kalau nak tengok lebih banyak hasil jahitan saya boleh tengok di instagram saya @yuslianayusof atau di facebook saya Yusliana Yusof. Okeylah dulu untuk entri hari ni. Thanks so much bagi ...