Skip to main content

Bolehkah Masalah Menyelesaikan Masalah?

 
w.b.t.
 
 
"Masalah saya ialah saya tak tahu apa masalah saya."
"Saya sendiri pun tak tahu apa yang menjadi masalah dalam diri saya."
 
Ini adalah sebahagian kecil daripada beribu-ribu masalah aneh lagi pelik. Hmmm, memang cukup masalah.
 
Seorang yang ada masalah tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi masalahnya itu-memang masalah sungguh.
 
Sebenarnya manusia mudah memberikan label untuk semua yang dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak mengatasinya ataupun tidak. Psikologi manusia memang hendak mudah. Kalau ada sesuatu yang boleh dilabelkan sebagai masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak daripada mengatasinya.
"Dah memang masalah. Nak buat macam mana?"
Biasa dengar begitu?

Masalah sebenarnya membuka peluang. Selama mana masalah dianggap masalah, ia semakin membesar jika dilayan ia seolah-olah sebiji batu besar yang menghempap kepala. Sebaliknya jika masalah dianggap peluang ia bukanlah sebiji batu yang menghempap tetapi sebutir emas yang jatuh di atas kepala.

Benarkah masalah membuka peluang?
Lihat apa yang dilakukan oleh Thomas Edition. Dia ada masalah ketika hendak menelaah, maka itu membuka peluang baginya memikirkan sesuatu, seterusnya membuka peluang baginya mencipta mentol.

Ketika semua orang kelaparan apabila berpindah dari pejabat lama ke pejabat baru, timbul idea dalam fikiran Siti untuk berniaga. Dia membawa sebakul buah-buahan dan menjualnya kepada rakan-rakan. Dia memperoleh dua pendapatan iaitu gaji bulanan dan keuntungan hasil jualan.

Ketika Ahsim ada masalah menyambungkan wayar telefon ke komputernya untuk melayari internet disebabkan wayar itu tidak cukup panjang dan kedudukan barang-barang di rumahnya tidak boleh diubah-ubah lagi, pereka telah memperkenalkan sambungan tanpa wayar.

Aminah sentiasa kelewatan ke pejabat. Masalah benar baginya untuk memasak dahulu sebelum pergi kerja. Dia berfikir kalaulah masalah itu dapat diatasinya tentu hiduphnya akan lebih selesa. Lalu dia berfikir bagaimana hal semacam itu dapat diatasinya. Puas mencari jalan masih tiada penyelesaian, akhirnya Aminah mengambil keputusan berhenti kerja. Apabila dia berhenti kerja, masalah sudah mula kelihatan dan dia kehilangan pendapatan tetap. Tetapi masalah sentiasa membuka peluang, Aminah membuka gerai nasi lemak di samping jalan. Dia menjadi seorang usahawan. Hidupnya lebih bererti daripada bekerja makan gaji dahulu.

Demikianlah halnya, ketika manusia perlu berkomunikasi setiap masa dan ketika tetapi mereka dipisahkan oleh jarak, terciptalah telefon bimbit. Bukankah itu semua masalah pada asalnya tetapi sekarang sudah menjadi peluang. Mereka yang mula-mula mencipta teknologi-teknologi ini sekarang kaya-raya kerana mereka telah menyelesaikan masalah orang ramai.


Masalah betullah. Kenapalah hidup ni penuh dengan masalah?
"Jangan anggap masalah itu masalah. Selama masalah dianggap masalah ia akan menjadi masalah, tapi kalau masalah digantikan pada perkataan peluang ia akan menyebabkan otak kita berfikir secara lebih kreatif. Ia akan memberikan pelbagai idea yang tak terjangka oleh kita."
Bolehkah jadi begitu?
 "Apa untungnya menganggap masalah itu masalah? Ia akan menyerabutkan fikiran kita. Masalah akan terus bertapak dan memakan bahagia."
Tapi kalau masalah dah memang masalah, macam mana kita nak anggap ia bukan masalah?
"Hah, itulah masalahnya. Masalahnya ialah kita tidak mahu menganggap masalah itu peluang. Kita masih menganggap masalah itu masalah, maka ia akan selamanya masalah. Dia berada di situ dan kekal selama-lamanya sebagai masalah."

Cuba dengar cerita ini.
Ada seekor rusa berkawan dengan lembu. Walaupun kedua-duanya bersahabat baik tetapi rusa selalu mengtakan lembu kurang bernasib baik sebab tanduk lembu pendek dan tidak cantin. Rusa selalu membangga-banggakan tanduknya yang bercabang bagaikan mahkota raja. Satu hari,mereka terdengar tembakan pemburu. Kedua-duanya terkejut. Mereka bertempiaran lari. Sambil berlari rusa sempat menoleh kebelakang melihat lembu yang terhegeh-hegeh membawa badannya yang besar itu. Kata rusa, "Hai, lembu. Sudahlah tanduk engkau tak cantik, badan engkau pun berat. Nampaknya aku terpaksa lari dulu. Kalau aku tunggu engkau, aku akan mati bersama engkau." Lembu tidak berkata apa-apa. Dia tahu masalah yang dihadapinya dan dia tahu dia lebih berisiko daripada rusa. Namun, kemahuan untuk selamat tetap ada. Maka itu, lembu terus berlari sedangkan di belakangnya dia mendengar tembakan bertubi-tubi sang pemburu. Tiba-tiba akibat terlalu pantas berlari, rusa terterjah setimbun ranting-ranting kayu lalu tanduknya yang menyerupai ranting-ranting itu terlekat disitu. Puas rusa cuba membebaskan dirinya, namun tidak berjaya. Tidak berapa lama kemudian lembu pun sampai sambil tercungap-cungap. Kata lembu, "Nampaknya tanduk engkau telah memberikan masalah kepada engkau. Maafkan aku rusa." Lembu terus berlari meninggalkan rusa.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Adab Menggunakan Telefon

    Cara Buat Panggilan 1.        Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai. Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihubungi seperti pada waktu tengah malam. Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas. Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan menganggunya untuk berehat. 2.        Apabila panggilan anda telah dijawab, berikan nama anda terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin dihubungi atau bukan. 3.        Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon. Jika ini   berlaku, pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon. 4.        Jika bercakap, bercakap dengan jelas bagi mengelak si penjawab meminta anda mengulangi apa

Sulaman - Projek Pertama

Assalamualaikum w.b.t. Hasil kerja tangan ku. Apa lagi, komenlah sikit. Sekian.

FADILAT SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis RasulAllah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, InsyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid InsyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak empat belas kali setiap lepas solat Asar, InsyaAllah akan dikurniai rezeki yang banyak. Terdapat ulama' yang mengatakan, jika dibacakan Surah Al-Waqi'ah terhadap orang yang sedang sakit, InsyaAllah akan diringankan sakitnya. Jika dibaca terhadap orang yang sedang nazak, akan meringankan serta memudahkan keluar rohnya. Lain-lain fadilat : 1. Dibaca tiap-tiap malam akan terjauh dari kepapaan. 2. Dibaca 40 kali setiap hari dan malam akan dipermudahkan mendapat rezeki dari berbagai sumber yang berkat. Sekian.