Skip to main content

Adab Menggunakan Telefon


 

 
Cara Buat Panggilan
1.       Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai. Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihubungi seperti pada waktu tengah malam. Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas. Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan menganggunya untuk berehat.
2.       Apabila panggilan anda telah dijawab, berikan nama anda terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin dihubungi atau bukan.
3.       Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon. Jika ini  berlaku, pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon.
4.       Jika bercakap, bercakap dengan jelas bagi mengelak si penjawab meminta anda mengulangi apa yang anda cakapkan.
5.       Pastikan anda berkata perkara yang perlu dan tidak menyimpang. Tidak hanya untuk berbual kosong kerana dikhuatiri si penjawab mempunyai hal atau aktiviti lain yang perlu diuruskan.
6.       Jika anda menghubungi seseorang yang bekerja, pastikan anda tidak menghubunginya ketika hampir habis waktu kerjanya. Ini akan menganggu si penjawab berkemas-kemas untuk pulang.

Tip Jawab Telefon Dengan Beradab
1.       Jawab panggilan telefon dengan member salam ataupun sapaan yang sopan.
2.       Jangan sesekali menjawab panggilan dengan nada suara yang kasar. Ini seolah-olah anda berada dalam keadaan yang marah.
3.       Bagi wanita, jangan menggunakan nada suara yang terlalu lembut seakan-akan menggoda. Dikhuatiri si pemanggil akan berfikir lain.

Adab Menggunakan Telefon
                Paling utama, telefon adalah keperluan untuk menghubungi seseorang, untuk menyampaikan maklumat dan sebagainya. Adalah dilarang jika telefon digunakan untuk keperluan yang negative seperti untuk melepaskan keperluan nafsu, untuk mengundang bencana, menyebarkan fitnah san sesuatu yang membawa ke arah dosa dan buruk.

Sumber : dara.com


Sekain.

Comments

Popular posts from this blog

Breakfast : Telur Rebus

So arini punya breakfast, kena lah makan telur rebus. Sebab tak nak minyak. Makan dengan serbuk cili kering. Boleh lah telan dari telur rebus kosong saja. Memang tak boleh. Air putih tak lupa. Kena minum sebanyak yang boleh. No more air manih. Menu tengahari may be buat tomyam simple. Ayam sikit daging sikit and enoki. Cukup dah tu. Adik ada, kalau dia nak join makan boleh je. Cuma nak makan nasi, gi lah beli kat mamak kat bawah. Hihihi. Tak nak masak nasi dah. Lagi pun periuk rice cooker dah tak ok. Kalau masak nasi asyik tebal je kerak dia. So disebabkan sorang je makan nasi. Senang je beli je. Hehehehe. Challenge for healthy lifestyle! ❤️❤️

I LOVE MAKE UP - TAPI TAK PANDAI

Normal ke tak erk? Suka tengok orang yang makeup cantikkk2 tu. Tapi diri ku ni. Nann hadooo! Skill ke laut dalam. 😅 . Ada ke yang sama macam YL? #kita_geng Gituuuu! . Tapi seriusly. YL sukaaaa and mudah jatuh cintaa la dengan orang yang makeup lawaaaaa2 ni. . Dulu kala zaman bila tah YL pernah sekali jerrr " S E K A L I " je tau. Join class makeup. Masa tu memang zero betul pasal makeup2 ni. . Zaman sekarang ni banyak tengok kat YouTube jelah jawabnya. Nak join class pun sekarang ni harga yuran dia boleh tahan mahaiii lah jugak kan. . Bestnyaaaaaa lah kalau ada yang sudi nak makeup kan muka YL ni sekarang ni. Lawa2 bajet chantekk sesangat macam Nora Danish ke Neelofa ker! Besssstttttnyaaaaa!! 😍😘 . K lah. YL nak sambung buat keje balik ni. Rest sat tu yang update kat sini sat. 😅 . Nanti ketemu lagi. Thanks pada yang sudi baca YL bebel. 😘 Muahhhhhx! . YUYU LIANA Gambar contoh ehsan dari Pakcik Google. Chantekkkk makeup dia. Simple, Sweet & just Nice. ...

FADILAT SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis RasulAllah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, InsyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid InsyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak empat belas kali setiap lepas solat Asar, InsyaAllah akan dikurniai rezeki yang banyak. Terdapat ulama' yang mengatakan, jika dibacakan Surah Al-Waqi'ah terhadap orang yang sedang sakit, InsyaAllah akan diringankan sakitnya. Jika dibaca terhadap orang yang sedang nazak, akan meringankan serta memudahkan keluar rohnya. Lain-lain fadilat : 1. Dibaca tiap-tiap malam akan terjauh dari kepapaan. 2. Dibaca 40 kali setiap hari dan malam akan dipermudahkan mendapat rezeki dari berbagai sumber yang berkat. Sekian.