Skip to main content

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.
Hai semua. Apa khabar? Fuhhhhh memang lama betul saya tak update2 blog ni kan. Sibuk dengan class lah sem ni. Banyak sangat keje yang nak kena siapkan. 
Esok raya la? So, saja lah saya nak update blog ni and sambil tu boleh lah saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang kenal saya and kepada semua reader yang sudi singgah blog saya ni.
Tahun ni raya saya simple je. Korang semua pulak macam mana? Mestilah meriahkan? Semoga bergembira di Hari Raya nanti.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Adab Menggunakan Telefon

    Cara Buat Panggilan 1.        Sentiasa pastikan bahawa waktu untuk menghubungi adalah waktu yang sesuai. Ini adalah untuk mengelak daripada menganggu orang yang ingin dihubungi seperti pada waktu tengah malam. Waktu yang tidak wajar untuk menghubungi seseorang ialah sebelum jam 7.00 pagi atau 9.00 malam ke atas. Tidak sesuai juga menghubungi orang yang sedang sakit kerana ini akan menganggunya untuk berehat. 2.        Apabila panggilan anda telah dijawab, berikan nama anda terlebih dahulu sebelum bertanya pada si penjawab sama ada mereka adalah orang yang anda ingin dihubungi atau bukan. 3.        Pastikan anda tidak mendail dengan terlalu cepat kerana ini akan menyebabkan anda tersalah mendail nombor telefon. Jika ini   berlaku, pastikan anda tidak terus meletakkan telefon tetapi ucapkan maaf dan beritahu si penjawab bahawa anda tersalah mendail nombor telefon. 4.        Jika bercakap, bercakap dengan jelas bagi mengelak si penjawab meminta anda mengulangi apa

MENERIMA TEMPAHAN MENJAHIT PAKAIAN

Saya ada menyediakan khidmat menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita, dewasa, dan kanak-kanak. Boleh singgah instagram dan laman muka buku   saya untuk tengok gambar hasil jahitan saya selama saya menceburi dalam bidang menjahit ni. Facebook : Yusliana Yusof Instagram : yuslianayusof Di bawah ni antara koleksi gambar baju yang saya jahit : BAJU BRIDESMAID : family phia BAJU UNTUK KE KENDURI KAHWIN : kak syikin BAJU TUNANG : eika BAJU NIKAH : noly BAJU SANDING : butik pengantin kak alin BAJU SANDING : butik pengantin kak alin BAJU TUNANG : noly BAJU TUNANG : atikah BAJU SANDING : kak ain Sekian, terima kasih. 

FADILAT SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis RasulAllah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, InsyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid InsyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak empat belas kali setiap lepas solat Asar, InsyaAllah akan dikurniai rezeki yang banyak. Terdapat ulama' yang mengatakan, jika dibacakan Surah Al-Waqi'ah terhadap orang yang sedang sakit, InsyaAllah akan diringankan sakitnya. Jika dibaca terhadap orang yang sedang nazak, akan meringankan serta memudahkan keluar rohnya. Lain-lain fadilat : 1. Dibaca tiap-tiap malam akan terjauh dari kepapaan. 2. Dibaca 40 kali setiap hari dan malam akan dipermudahkan mendapat rezeki dari berbagai sumber yang berkat. Sekian.