Skip to main content

fadhilat amalan ayat kursi

Ayat Kursi iaitu ayat ke-225 dalam Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak hadis RasulAllah s.a.w. (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. 



Di antaranya ialah :

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

2. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

3. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, InsyaAllah akan berhasil hajatnya.

4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Kursi 170 kali. InsyaAllah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.

5. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan Solat Hajat ditengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, InsyaAllah akan berhasil hajatnya.

6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Kursi, InsyaAllah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.

7. Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca Ayat Kursi sebanyak 170 kali. Amalan ini juga InsyaAllah boleh mendapatkan petunjuk dari Allah s.w.t..





Kaifiat Amalan Membaca Ayat Kursi Untuk Sesuatu Hajat Yang Dipohonkan Kepada Allah s.w.t..

1. Solat Sunat dua rakaat, sebaiknya di waktu sunyi tengah malam, sama ada Solat Sunat Mutlaq, Solat Sunat Tahajjud atau Solat Hajat.

2. Selepas selesai solat, bacalah Istighfar, Al-Fatihah dan Selawat atas Nabi s.a.w..

3. Bacalah Ayat Kursi seberapa banyak mengikut jumlah yang dikehendaki. Jika batal wudhu', ambil wudhu' semula, elok disulami dengan solat sunat lagi sebelum menyambung lagi bacaan Ayat Kursi.

4. Kemudian baca Selawat Tawassull kepada Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali :





Comments

Popular posts from this blog

Breakfast : Telur Rebus

So arini punya breakfast, kena lah makan telur rebus. Sebab tak nak minyak. Makan dengan serbuk cili kering. Boleh lah telan dari telur rebus kosong saja. Memang tak boleh. Air putih tak lupa. Kena minum sebanyak yang boleh. No more air manih. Menu tengahari may be buat tomyam simple. Ayam sikit daging sikit and enoki. Cukup dah tu. Adik ada, kalau dia nak join makan boleh je. Cuma nak makan nasi, gi lah beli kat mamak kat bawah. Hihihi. Tak nak masak nasi dah. Lagi pun periuk rice cooker dah tak ok. Kalau masak nasi asyik tebal je kerak dia. So disebabkan sorang je makan nasi. Senang je beli je. Hehehehe. Challenge for healthy lifestyle! ❤️❤️

header buat sendiri .. ^__^ wink wink !!

w.b.t .. fuhhhhhhh !! siap pun header nana yang pertama kali nana try buat sendiri .. tapi simp le je ar .... ^___^ wink wink !! janji nana nak buat sendiri jugak ..  ^___* cubaan kali ke-7, baru lah header ni ngam2 ngan saiz header blog nana .. hihihihihi .. saya budak baru blajar .. ^___^ sekian ..

Salin Baju Dalam Train ??

w.b.t. Tengok ni? Apalah masalah diorang ni kan? Sekian.