Skip to main content

Posts

Jumuah Mubarakah

w.b.t. "Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat, pada hari itulah diciptakan Nabi Adam, dan pada hari itu dia diturunkan ke bumi, pada hari itu pula diterima taubatnya, pada hari itu pula beliau diwafatkan, dan pada hari itu pula terjadi Kiamat. Pada hari itu ada saat yang kalau seorang muslim menemuinya kemudian solat dan memohon segala keperluannya kepada Allah, nescaya akan dikabulkan".  (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai) Sekian.

Teka-teki

w.b.t. Orang yang buat tak nak masuk. Orang yang beli tak nak masuk. Tapi orang yang masuk, tak sedar yang dia dah masuk. Sape2 dapat jawapannya, sila lah bermurah hati tinggalkan jawapan di ruang komen. Sekian.

Cikgu Takde Otak ??

w.b.t. Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen adakan? Murid-murid : Ada cikgu. Kemudian guru tadika itu masukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi. Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen? Murid-murid : Tak nampak cikgu. Guru tadika : pen ada tak? Murid-murid : Tak ada cikgu. Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? Murid-murid : Tak nampak cikgu. Guru tadika : Tuhan ada tak? Murid-murid : Tak ada cikgu. Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuan untuk mempengaruhi anak muridnya itu berjaya. Tetapi dalam kumpulan kanak-kanak itu, ada seorang budak pintar bernama Amin. Lalu dia pun mengangkat tangan. Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? Guru tadika : Boleh, mari ke depan. Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? Murid-murid : Nampak. Amin : Cikgu adakan? Murid-murid : Ada. Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? Murid-murid : Tak nampak. Amin : Cikgu ada otak tak? ...

Cara Jawab Telefon Yang Betul 【ツ】

w.b.t. "Sebenarnye cara menjawab tepon yang kita amalkan adalah salah... dan kebanyakannya sama.. terpikirkah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kita akan cuba untuk menukarkan jawapannya (tak ler korang boring sangat kalu jadi operator). 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please? Jawapan: maap. sini bukan balai polis. 2. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sana.. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanya saya. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanya boleh dicampur. 5. Soalan: haloo, mak ada rumah? Jawapan: mak takda rumah. bapak ada pasal rumah ni bapak yang beli. 6. Soalan: haloo timah, buat apa tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni.. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap. nombor yang anda dail tidak mahu memberikan ...

Tips Hilangkan Jeragat

w.b.t. Kali ni nana nak share sikit tips macam mana nak hilangkan jeragat. Tapi, sabar dulu. Jangan gelojoh. p/s: Tips ni bukan untuk hilangkan jeragat dimuka, tapi untuk hilangkan jeragat di toto, comforter, selimut, or cadar (yang fabrik tak luntur color lah biasanya). Jeragat atau nana lebih biasa panggil taik lalat je. Cuba korang tengok kat toto ke comforter ke yang dah lame tak basuh tu, mesti dah naik taik lalat. Geli je nak pakai-ada hitam2 @ taik lalat.  Kadang2 kat telekung or pakaian sembahyang orang pempuan, kat bahagian muka dia tu, lau lama tak basuh mulalah bertaik lalatkan? So sekarang ni, nana nak sharelah cikit cara nana nak hilangkan jeragat or taik lalat ni kat pakaian or fabrik yang tak luntur warnanya lah. Senang je. Bahan2 (macam nak memasak plak) : 1. Korang hanya perlukan air sabun (sabun letak cikit je, biar air banyak tak pe). 2. Clorox  (tak payah campur air) yang biasa ada kat pasaran tu.  3. Fabrik yang korang nak cuci (biar dia dala...

Bersara Polis and Bersara Askar, biasa. | Bersara Berblogging ???

w.b.t. Pagi semua. Lain mcm je tajuk entri nana rini. Entri nana kali ni tak de kena mengena pun cite tentang polis or askar sebenarnya. Tapi nak share yang part hujung kat tajuk entri tu. Bukan pe, semalam nana ada terbaca entri sorang blogger ni pasal peringkat2 dalam berblogging ni. Rajin betul blogger tu buat survey pasal dunia blogging ni, sampai dia dapat buat entri mcm tu. Tabik spring ar sama dia. Menurut blogger tu, ada 5 peringkat dlm berblogging ni (or 5jenis blogger ar) : 1. Permulaan (Newbie) 2. Pertengahan (Identiti sendiri) 3. Blogger advance 4. Blogger berpengalaman 5. Bersara Apa? Blogger pun ada tahap bersara jugak? Kenapa mesti nak bersara, sayang lah. Lau blogger2 yg dah lama and dah banyak pengalamannya tu bersara, nanti kat mana lah blogger2 baru macam nana ni merujuk. Kesian kat kami yang baru nak blaja2 berblogging ni. Lau korang nak tau lebih pasal peringkat2 dalam berblogging ni korang boleh lah klik sini. Thanx to Bro. AffanRuslan atas informasi yang...

dari header ---> jadi banner

w.b.t .. buat masa ni , ni lah header nana , n ni jugak lah banner nana .. ^__^ wink wink !! benda baru nana blaja arini ni .. jenuh blaja sendiri2 ni .. fuhhhhhh ... ^___^ sekian ..

berjaya buat banner sendiri jugak .. ^__^

w.b.t .. nana berjaya .. buat banner blog nana sendiri .. ^___^ tapi yang paling simple sangat2 ar .. tarrraaaaaaaa .. simple giler .. nak kena banyak blaja gi ... ^___^ wink wink !! sekian ..

mengisi masa | belek2 adobe photoshop

w.b.t .. ini hasil nye : ^___^ wink wink !! sekian ..

header buat sendiri .. ^__^ wink wink !!

w.b.t .. fuhhhhhhh !! siap pun header nana yang pertama kali nana try buat sendiri .. tapi simp le je ar .... ^___^ wink wink !! janji nana nak buat sendiri jugak ..  ^___* cubaan kali ke-7, baru lah header ni ngam2 ngan saiz header blog nana .. hihihihihi .. saya budak baru blajar .. ^___^ sekian ..

Aku Ada Impian Untuk Menghadapi Hidup Ini Dengan Tenang dan Bahagia Dunia Akhirat.

w.b.t. Selamat pagi sume.. Untuk entri kali ni nana nak tulis sikit pasal kehidupan yang nana impikan. Sempena peraduan "Aku Ada Impian" Nak sertai? Klik banner kat bawah ni. Hidup. Alhamdulillah arini Allah masih bagi nana nyawa untuk terus hidup, untuk terus berusaha mendapatkan segala apa yang nana impikan selama ini. Dalam hidup kita ni mesti banyak cabaran, halangan dan dugaan yang terpaksa kita hadapi sama ada dengan rela hati atau pun terpaksa. Nak tak nak kita, hanya sebagai seorang hamba terpaksa juga hadapi segala apa yang telah Allah, Tuhan Maha Pencipta telah tentu kan untuk kebaikan kita. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Jadi sebagai seorang hamba, nana juga seperti orang lain juga. Lita semua sama. Setiap hari ada saja dugaan yang Allah beri untuk menguji kita. Allah juga tau tahap kemampuan setiap hamba nya. Jadi Dia tak akan memberi sesuatu ujian tu kalau hamba-Nya itu tak mampu menghadapinya. Tapi kadang-kadang, nana sebagai seora...

KEYAKINAN DIRI

20:42 Sensorang  Atas tilam dalam bilik sewa YL 10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri : Anggap diri kita yang diciptakan oleh Allah ni  (sama je dengan orang lain ) , tak ada yang kurang dan tak ada juga yang lebihnya. Orang lain boleh buat, (kenapa kita tak boleh) buat? Pedulikanlah apa je orang nak kata tapi yang penting belajar dari apa yang orang lain dah buat, sebelum kita pulak buat. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri kita  (baiki) . Jangan biarkan terus berkekalan. Kena usaha untuk ubah.  (Jangan takut-takut ) atau teragak-agak untuk buat sesuatu yang positif. Berani! (Elakkan perasaan malu)   malu tak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri kita. Lakukan ( riadah yang ringan) sebelum nak buat sesuatu kerja, kira macam warm up lah, so badan pun rasa energetik lah jadinya.  (Kemas diri) dan anggap diri kita adalah yang terbaik pada hari itu. Ya saya boleh! Apabila berinteraksi (panda...

Muhasabah

19:49 Sorang2 Atas tilam dalam bilik sewa Beberapa cara untuk bermuhasabah : Mengingati mati. Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.   Mengingati kelemahan diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.   Tidak membesarkan kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita. Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk...

Musibah : Jalan Menuju Kebahagiaan

Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka. Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan. Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah ...